CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
weLcOmE to my blog

Khamis, 2 Jun 2011

mutiara kata 1

mutiara kata 1....


* "orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya."

*"terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA..."


*"ketika ditimpa bencana,kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana 1 kawan..."

*"tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.."


*"kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.."


*"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada allah s.w.t akan abadi"


*"sahabat yang baik adalah orang yang bercakap benar,dan bukannya hanya membenarkan kata-kata."


*"kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"


*Hidup seperti air krim.Nikmatilah ia sebelum cair"


*"tnda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci,lidahnya selalu basah dengan zikrullah,matanya menangis kerana penyesalan(terhadap dosa),sabar terhadap perkara yang dihadapi dan menggutamakan akhrat berbanding dunia...."


*"jika kejahatan di balas kejahatan,maka itu adalah dendam.jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.jika kebaikan dibalas kejahatan ,itu adalah zalim.tapi jika kejahatan di blas kebaikan,itu adalah mulia dan terpuji"


*"hadiah terbaik"

       -kepada kawan= kesetiaan

       -kepada musuh= kemaafan

       -kepada ketua= khidmat

       -kepada yang muda= contoh terbaik

       -kepada yang tua= hargai budi dan kesetiaan

       -kepada pasangan= cinta dan ketaatan

       -kepada manusia= kebebasan


*"jangan terlalu menyayangi seseorang kelak kita akan membencinya.jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan meyayanginya"


*'usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan.tanpa pertemuan,maka tiada perpisahan"


*berfikir secara rasional tanpa di pengaruhi naluri @ emosi merupakan cara menyelesaikan masalah dengan berkesan"


*"ingat,sabar itu iman,duit bukan kawan,dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman".


*"hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya."




0 ulasan: