CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
weLcOmE to my blog

Sabtu, 10 September 2011

TULANG RUSUK ADAM UNTUK HAWA



Assalammualaikum....

Entry kali nie mengenai tulang rusuk Adam untuk Hawa...






WANITA:Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?


LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil 
rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan
saat menemukan wanita untuknya,tidak lagi merasakan sakit di hatinya...


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. 
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan
kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama 
lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu 
hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". 

LELAKI sangat membenci ketidak dewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 
"Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA  terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI  menyesali akan 
apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk 
diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,WANITA  kembali ke rumah dan mengambil 
barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari 
pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI  masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar 
akan kehidupan WANITAWANITA  pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah 
berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.LELAKI  agak kecewa bila mengetahui    WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi
LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi 
pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2
 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan?
Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI  menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban 
Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit
 dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri 
yang telah dengan bodohnya dia patahkan.......

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan 
akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya 
setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat....

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum 
mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti 
orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
 Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.




0 ulasan: